Komunis letup Tugu Negara Tugu_Negara

Oleh kerana bencikan kerajaan, ingin melumpuhkan agenda mewujudkan keamanan dan cintakan negara dalam kalangan rakyat, pengganas komunis bertindak mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi yang memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).

Antara penduduk yang mendengar letupan itu adalah Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Sebaik sahaja letupan itu berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Traves dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.

Namun pihak komunis telah menafikan penglibatan mereka[perlu rujukan] dan menuduh ianya angkara perbuatan kerajaan sendiri sengaja merosakkan tugu tersebut yang dikatakan patung-patungnya menyerupai mirip wajah orang-orang barat seperti mempunyai hidung yang mancung[perlu rujukan] supaya mempunyai alasan untuk mengubah-suai semula wajah patung tugu itu menyerupai rakyat Malaysia tanpa dituduh bersifat perkauman dengan menyalahkannya kepada pihak komunis.